🌸THE MAN THAT DECIDED TO CHANGE ON THE 12th HOURS DIED AT THE 11th🌸
.
Nombor giliran buku : 041
Nama Judul Buku : Contengan Jalanan
Penulis: Hlovate
Terbitan tahun : 2011
Penerbitan : Jemari Seni Sdn Bhd
Cetakan : Ke-13 (2014)
Muka surat : 553
Harga : -
Nama Pengulas : khadijah othman
Rumah Bibliotarian
.
CONTENGAN JALANAN membawa kita mengembara dalam kehidupan 5 sahabat anggota kumpulan band "Creepy Heus" dari Kuala Perlis menuju ke Indonesia hinggalah Australia! Bestkan dengan RM25 sahaja (harga buku ni) dah boleh terbang ke serata dunia.
.
Beauty
.
3 watak utama menjadi tunjang dalam novel ini iaitu Fend (Affendy), Chad (Irsyad) dan juga K2(K square aka Ku Kamaruzzaman) yang begitu asyik dalam dunia seni muzik dan fotografi masing-masing hinggalah pada suatu hari berubah dengan suatu tagline dari filem "The Eleventh Hour" yang ditinggalkan oleh gadis bernama Amalia aka Lia. Maka bermulalah perjalanan mencari jawapan dan hikmah disebalik tagline itu.
.
Layout novel yang unik dan menggunakan gaya bahasa yang sangat santai tetapi deep membuatkan novel ini sangat istimewa. Bertemakan perjalanan mencari Tuhan dari kacamata dan jiwa pencinta muzik, lensa dan sketchbook; penulis membawa pembaca berkenalan dengan dunia muzik dengan begitu terperinci dan menarik.
.
🌻jadilah apa pun yang kau nak jadi tapi jangan pernah lupa apa tujuan sebenar kau hidup didunia ni..(51:56)
"Dont turn your back on God, nothing in life is guaranteed. But if you keep your faith, some things will be clearer than others."-Ahmad the Rebel-
"there's no such thing wrong in arts...provided that Islam is a given"-K2
.
🌻hidayah itu perlu dicari dan semestinya tidak akan datang bergolek. seperti K2 yang pada mulanya berhati batu lama kelamaan menjadi cair juga apabila dilentur dengan ayat-ayat cinta Allah yang disampaikan melalui sahabatnya Fend dalam bentuk grafik yang sangat unik tetapi dekat dengan jiwa K2 sebagai pelajar jurusan Creative Arts.
.
🌻belajarlah..belajar dari semua. baik dari anak kecil mahupun dari alam semesta kerana ilmu bermula bukan ketika kelas dimulakan atau ketika helaian buku mula diselak tetapi saat rasa hati ingin belajar. Seperti K2 yang belajar mencari erti hidup dari seorang anak kecil dibawah kolong jambatan berdekatan Muzium Fatahillah Jakarta dan dia juga belajar dari setiap inci contengan jalanan di kaki lima Braga Indonesia. "Alam itu sendiri guru yang hebat dalam mengajarkan ilmu Allah"-Bapak Tono-
.
Dapat sesuatu?silakan LIKE and SHARE.
Belum baca? READ and HEED.
Dah baca?KOMEN satu quote favourite dari novel ni👇
0 Comments