Nombor Giliran Buku: 040
Nama Judul Buku : Siri Juvana: Mangsa Cinta
Penulis: Shasya Ali & Rashiela Nurain
Terbitan tahun : 2017
Penerbitan : Blank Book
Cetakan ke : Pertama
Muka surat : 116
Harga : RM12
Nama Pengulas: Ana Reads
.
Ulasan:
.
Sebuah lagi buku di dalam Siri Juvana. Kali ini berkisahkan seorang budak perempuan berusia 13 tahun bernama Nadrah. Nadrah teruja untuk pergi melancong ke Thailand bersama kakaknya, Nora dan abang iparnya, Joe.
.
Namun, keterujaannya musnah sama sekali apabila percutiannya bertukar menjadi tragedi. Nadrah sesat dan diculik semasa di Thailand. Dia diculik oleh sebuah sindiket yang menjadikan kanak-kanak dan remaja sebagai pengemis dan keldai dadah.
.
Malang bagi Nadrah apabila dia bukan sahaja dipukul, malah dia juga kehilangan tangan dan kakinya akibat melawan arahan ketua sindiket tersebut. Nadrah cacat buat selama-lamanya. Sementara kehilangannya, ibubapanya gigih menjalankan usaha untuk menjejakinya. Sehinggalah mereka nekad untuk datang buat kali kedua ke Thailand, di tempat Nadrah dipercayai diculik dahulu.
.
Apakah ibubapa Nadrah berjaya menjumpainya semula? Dapatkah mereka mengenali Nadrah yang kudung tangan dan kakinya? Apa pula yang terjadi kepada Nora dan Joe? Adakah mereka mempunyai kaitan dengan kes kehilangan Nadrah?
.
Seperti sedia maklum, buku-buku terbitan Blank Book semuanya menggunakan bahasa Melayu standard dan sangat sesuai dibaca oleh semu peringkat umur terutamanya anak remaja. Banyak pengajaran dapat diperoleh daripadanya.
.
-jangan sekali-kali menjadi buta di dalam menilai perkara baik dan buruk akibat cinta.
-usahlah berhutang jika tidak mampu membayar semula semata-mata untuk kepentingan nafsu.
-perkahwinan bukan landasan untuk menunjuk-nunjuk kelebihan dan kemampuan kita.
.
.
Page FB Rumah Bibliotarian:
.
Jom sertai kami di telegram Rumah Bibliotarian:
0 Comments