💐PROSES PEMBELAJARAN TIDAK BERLAKU SEKELIP MATA! PELAN-PELAN KAYUH💐
.
Nombor giliran buku : 049
Nama Judul Buku : Pelan-Pelan Kayuh
Penulis: Bonda Nor
Terbitan tahun : 2018
Penerbitan : Galeri Ilmu Sdn Bhd
Cetakan : Pertama
Muka surat : 194
Harga : -
Nama Pengulas : khadijah othman
Rumah Bibliotarian
.
Menghimpunkan 26 antologi dari penulis yang berbeza. Masing-masing berkongsi proses menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan masing-masing demi mencapai segala apa yang dicita-citakan.
.
Buku yang sangat memberi inspirasi kerana pembaca berpeluang belajar dari pelbagai bentuk pengalaman. Ujian sebagai seorang ibu bapa, ujian dalam bekerjaya, ujian dalam rumahtangga, ujian ketika bermusafir dan ujian bersama ahli keluarga.
.
❤️Setiap ujian ini hakikatnya menemukan kita semua dalam satu titik yang sama iaitu kebergantungan pada Allah, tanda ingatan dan kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Seperti penulis dalam antologi "Pintu Tanpa Kunci" yang begitu bersabar menunggu keputusan pertukaran sekolah 6 tahun lamanya, akhirnya berkat tawakkal sepenuhnya kepada Allah disusuli usaha yang berterusan, permohonan beliau diluluskan.
"...Pertolongan Allah mengatasi pertolongan manusia. Sibuk tercari-cari pintu, tetapi lupa kuncinya pada siapa. Allahuakbar. Patutlah aku tidak lepas untuk memasukinya..."
.
❤️Ujian itu sebagai batu loncatan untuk kita menjadi hamba Allah yang lebih baik. Seperti catatan dalam antologi Doktor Obes dan Cahaya di Balik Bulan, Allah uji dengan masalah obesiti sendiri walaupun bakal menjadi doktor! Allah hadiahkan ujian kesakitan anak walaupun berkhidmat lama sebagai pakar diet! Kerana Allah memberi peluang menjadi sumber inspirasi kepada yang lain.
"...cahaya empati telah membuahkan keberkatan rezeki dan ketenangan hati."
Subhanallah! Maha Baiknya Allah!
.
❤️ "...Musibah juga rezeki. Kerana tiadalah musibah itu melainkan kerana Allah sedang menguji untuk meningkatkan keimanan hambanya. Ia bagaikan rezeki yang terselit indah dalam longgokan sampah. Sekali pandang, mahu dibuang, tapi bila sudah nampak betapa tinggi nilainya, pasti terasa sayang."
- antologi Rezeki dalam Sampah-
.
Belajar dari pengalaman orang lain adalah suatu bonus Allah berikan kepada kita sebagai panduan mengemudi bahtera kehidupan ke arah yang lebih baik.
.
Dapat sesuatu?Silakan LIKE dan SHARE.
Belum baca?READ and HEED.
Dah baca?KOMEN satu petikan menarik dari buku ini👇
0 Comments