Nombor Giliran Buku: 042
Nama Judul Buku : Nabi Nuh AS Nakhoda Agung
Penulis: Web Sutera
Terbitan tahun : 2014
Penerbitan : Mustread
Cetakan ke : Pertama
Muka surat : 222
Harga : RM 22(Semenanjung) RM 25(SS)
Nama Pengulas: Tiaz Sam
.
Ulasan:
Kewujudan Nabi Nuh setelah kewafatan Nabi Adam dan Idris membawa agama Islam untuk menyembah Allah namun ketika itu penduduk masih menyembah berhala sebagai tuhan mereka yang memberi rezeki serta kekayaan.
.
Wahyu yang diturunkan Allah tersebut tidak dihiraukan dan penduduk beranggapan Nabi Nuh seorang yang gila kerana mengajak mereka menyembah sesuatu yang tidak mendatangkan hasil.
.
Usaha baginda tidak terhenti setakat itu, baginda tidak berputus asa walau diugut untuk dibunuh. Allah sebaik-baik pelindung yang memelihara keadaan baginda serta penduduk bertanya untuk melihat kebenaran Allah, mereka ingin melihat azab sebagai bukti kebenaran kata-kata baginda.
.
Allah perintahkan untuk beliau membina sebuah kapal besar dan hanya pengikutnya yang beriman sahaja dibenarkan untuk mengikuti baginda ketika terjadi banjir besar yang amat dahsyat.
.
Anak dan isteri juga maut dalam tragedi azab yang menimpa kerana tidak mahu mengikuti ajakan baginda supaya beriman. Tenggelamlah kesemua penduduk yang mendengar hasutan syaitan meninggal dalam keangkuhan.
.
Sebuah buku ini yang menarik perhatian saya kerana grafik di bahagian depan kulit buku serta tajuk yang sesuai memberi pengetahuan yang berkesan kerana penjelasan secara tepat melalui rujukan daripada sumber dipercayai, walau secara kesimpulannya penyampaian ini berbentuk fiksyen namun dapat memberi ilmu yang bermanfaat.
Rumah Bibliotarian
0 Comments