Header Ads Widget

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ulasan Buku #31 : Siri Juvana: Tahfiz Terbakar

Image may contain: one or more people

Nombor Giliran Buku: 031

Nama Judul Buku : Siri Juvana: Tahfiz Terbakar

Penulis: Shasya Ali & Rashiela Nurain

Terbitan tahun : 2018

Penerbitan : Blank Book

Cetakan ke : Ketiga

Muka surat : 132

Harga : RM12

Nama Pengulas: Ana Reads

.

Ulasan:

.

Negara kita pernah digemparkan dengan tragedi tahfiz terbakar pda tahun 2017. Masih ingat lagi? Tragedi itu telah mengorbankan seramai 23 orang termasuk pelajar dan guru.

.

Buku ini adalah berdasarkan kisah benar tragedi tersebut. Penulis yang merupakan pelajar undang-undang cuba menceritakan semula tragedi tersebut di dalam bentuk fiksyen serta menyatakan sekali bentuk hukuman yang mungkin bakal dihadapi pesalah.

.

No photo description available.

Fareeq, pelajar berumur 12 tahun, terkenal dengan sikap liar, kaki ponteng sekolah dan suka terlibat dengan pergaduhan. Fareeq mempunyai seorang abang, Debab yang berumur 16 tahun. Mereka berkawan dengan Johan, yang selalu menjadi ketua ketika melakukan aktiviti-aktiviti tidak elok. 

.

Mereka ini memang terkenal di kalangan masyarakat sebagai remaja yang suka membuat masalah. Pada suatu hari, mereka telah terkantoi dengan sekumpulan pelajar tahfiz ketika rapit menghisap dadah. Pelajar tahfiz itu cuba untuk menasihatkan mereka berubah, namun dek kerana sifat ego dan angkuh, berlaku pertengkaran mulut dan timbulnya rasa dendam.

.

Pada mereka, pelajar tahfiz itu hanya hendak tunjuk baik dan bajet alim sahaja. Rancangan dibuat untuk membalas dendam, namun rancangan ini dirahsiakan daripada Fareeq. Fareeq dipaksa untuk menjadi pak turut dan memastikan ‘line clear’ agar operasi berjalan lancar.

.

Fareeq ditakdirkan Tuhan tertidur sebentar semasa menjadi jaga operasi di surau bersebelahan tahfiz tersebut. Sebaik terjaga, Fareeq sangat terkejut melihat api marak menjulang. Kedengaran suara meminta tolong dan tangan melambai-lambai dari tingkat atas. Sempat juga Fareeq menyaksikan ada pelajar yang nekad terjun untuk menyelamatkan diri.

.

Apakah yang bakal terjadi kepada Fareeq? Apakah Fareeq akan menerima hukuman gantung? Bagaimana pula nasib Debab dan Johan?

.

Buku ini sangat menyayat hati. Seolah-olah terpapar kejadian di depan mata. Mustahil untuk tidak mengalirkan air mata ketika membacanya. Apatah lagi bila diketahui ianya sebuah kisah penganiayaan dan mayat mereka ditemui berpelukan.

.

Moga-moga seluruh keturunan kita dididik di dalam suasana soleh dan solehah dan dijauhkan daripada perkara-perkara negatif sebegini.

.

#ulasanbukuanareads

.

Page FB Rumah Bibliotarian:

https://www.facebook.com/komunitipencintabuku/

.

Jom sertai kami di telegram Rumah Bibliotarian:

https://t.me/RumahBibliotarian

Post a Comment

0 Comments