Header Ads Widget

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ulasan Buku #30 : Bukan Generasi Remote Control

Image may contain: 1 person, text

Nombor giliran buku : 030

Nama Judul Buku : Bukan Generasi Remote Control

Penulis: Hazhari Ismail

Terbitan tahun : 2019

Penerbitan : Kata-Pilar

Cetakan ke : Kedua

Muka surat : 220

Harga : RM

Nama Pengulas : Muhammad Shah bin Ahmad Nor

.

Ulasan:


Tidak ramai para tokoh pra sekolah lelaki yang menonjol. Setakat yang saya ketahui adalah Dr Bustam Kamari yang selalu artikelnya keluar dalam majalan bertemakan keibubapaan.


Namun anak muda ini menyahut cabaran untuk meniti langkah menjadi tokoh pelapis lelaki dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, dan penghasilan buku ini merupakan antara langkah awal yang cemerlang dalam menyampaikan gagasan dan idea beliau dalam pendidikan.

No photo description available.

Mungkin sememangnya kelebihan seorang guru tadika adalah kemahiran memudahkan perkara yang sukar. Maka penulis telah berjaya memudahkan kefahaman akan pelbagai teori dan praktis dalam pendidikan awal kanak-kanak bagi kefahaman mereka yang bukan dalam bidang ini. 


Dalam bahagian 1, penulis memperihalkan tentang perkembangan anak. Seolah-olah dijentik-jentik kepala sendiri, biarpun telah mempunyai 5 orang anak tidak menjanjikan kita sentiasa mampu kekal konsisten dalam menghadapi arus cabaran pendidikan anak. 

Image may contain: text

Namun, membaca bab ini terasa seperti ditegur dan mengingatkan saya semula tentang fitrah anak-anak yang dipenuhi imaginasi dan bermain. Maka, kita mungkin berasa marah dengan sepahan yang anak kita lakukan, tetapi pada sisi anak mereka sebenarnya sedang belajar dan meneroka.


Anggaplah kesabaran dengan sepahan adalah sebahagian tugas kita selaku guru pertama kepada anak-anak. Selain itu, apabila anak mula menzahirkan  tingkahlaku yang kurang baik, sebelum menyalahkan anak 100%, renungilah tingkah laku kita kerana tahap 0-6 tahun, otak mereka ibarat span yang menyerap.


Dalam bab kedua pula diterangkan panduan terhadap ibubapa. Antara kaedah yang biasa tetapi mungkin kurang tepat adalah "Don't talk to strangers". 


Ya, pesan ini biasa dilafazkan demi keselamatan anak. Namun, anak-anak masih kurang memahami konsep "stranger" itu sendiri andai tidak diterangkan. Boleh jadi sahaja, mereka anggap guru mereka sebagai stranger, dan mereka mungkin tidak mahu menzahirkan adab yang baik kepada orang tua kerana menganggap mereka itu stranger. 


Yang lebih menyukarkan adalah mereka sendiri melihat ibubapa mereka bercakap dengan strangers. Ironi lagi adalah statistik menunjukkan jenyah terhadap kanak-kanak lebih banyak dilakukan oleh mereka yang dikenali oleh anak-anak.


Antara lain adalah ibubapa seharusnya jangan menjadi terlalu melindungi anak, biarpun ia dizahirkan demi kasih. Anak-anak bakal menjadi penakut.


Antara yang konsisten dikritik oleh penulis adalah tentang persaingan sesama ibubapa yang akhirnya memangsakan anak itu sendiri. Lantas diberikan tekanan berlebihan melalui tuisyen dan latih tubi yang akhirnya menjadikan anak itu tertekan dan bosan dengan pelajaran.


Terlalu banyak mutiara yang dapat ditelaah daripada buku ini!


Bab 3 pula penulis mulai melakukan penilaian am terhadap gerak kerja tadika. Di samping mengkritik insititusi yang mungkin "kalah" dengan desakan ibubapa yang mahukan ranking, homework dan sebagainya, tadika yang dilihat kurang seimbang antara education based dan business based juga ditekankan.


Namun, penulis juga turut mempertahankan polisi tadika dalam persoalan bayaran yuran yang ditamsilkan seperti menyewa sebuah rumah, iaitu upah / sewa dibayar sebelum servis. Maka tidak wajarlah ibu bapa yang terlalu berkira sehingga setiap hari yang cuti mahu di"waive"kan yuran dan sebagainya.


Penulis juga mempunyai gagasan dalam mengangkat martabat guru tadika / taska kepada aras yang sepatutnya sebaris dengan profesyen lain yang menjadi kebanggaan ramai seperti doktor, jurutera dan sebagainya.


Akhir sekali, penulis memetik sebuah kajian yang mencadangkan agar insititusi taska dan tadika perlu disatukan di bawah satu kementerian. Hakikatnya, pengasuhan dan pendidikan tidak dapat dipisahkan. Selain itu, penulis turut memuji tindakan mantan YB KPM, iaitu Dr Maszlee Malik yang membuka pendidikan kepada kanak-kanak tanpa dokumen.


Wallahualam


Terima kasih kepada Penulis, Tuan Hazhari yang turut menyenaraikan buku #pesanhamkakepadapendidik sebagai salah satu bacaan cadangan ibubapa. Hanya mungkin ada ralat pada penulis nya, kerana ia bukanlah karya Hamka, tetapi adalah cubaan saya dalam mengambil inspirasi daripada kehidupan dan karya Hamka dalam konteks pendidikan.


Cc: Zamri Shahrir Rumah Bibliotarian


Zetty Akmal susunan bab yang pendek pendek, amat sesuai untuk dijadikan bahan usrah/bacaan di kalangan guru.


Moga bermanfaat juga untuk Puan Badariah Ismail Rozita Kamil Nurul Suhadah Shuib dan lain-lain.


Jom sertai kami di telegram Rumah Bibliotarian: https://t.me/RumahBibliotarian


#MalaysiaMembaca

Post a Comment

0 Comments