Nombor Giliran Buku: 029
Nama Judul Buku : Kucing Kucing Hota Hai
Penulis: Shahkang
Terbitan tahun : 2017
Penerbitan : Kata-pilar
Cetakan ke : Kedua
Muka surat : 201
Harga : RM25
Nama Pengulas: Ana Reads
.
Ulasan:
.
Bagi pembaca yang sudah biasa dengan gaya penulisan Shahkang, anda pasti teruja untuk membaca buku ini. Tajuk buku ini sahaja sudah menggambarkan isi buku ini yang bukan sahaja berkaitan dengan kucing, ia juga menggambarkan sebuah buku yang penuh humor.
.
Namun, di sebalik kelucuan kisah yang dipaparkan, penulis sebenarnya ingin menegur ragam kita sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini. Watak kucing yang dilakarkan, tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai sindiran halus dan anekdot yang kerap berlaku di dalam dunia manusia.
.
Mengisahkan tentang Danial Aqasha, seorang pensyarah bujang yang baru putus tunang. Danial mempunyai seekor kucing hitam, Tam yang digunakan untuk memikat seorang guru sekolah bernama Kajol Cempaka.
.
Melalui Tam, Danial dapat memahami permasalahan komuniti kucing di sekitar rumahnya seperti; kucing bergaduh berebut jawatan, kucing bercakaran kerana khabar angin, kucing menipu untuk menjual produk kecantikan, kucing taksub dengan media sosial dan macam-macam lagi.
.
Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan santai namun mengajak pembaca berfikir secara kritis selepas selesai membacanya.
.
#ulasanbukuanareads
.
Cc: Zamri Shahri
.
Jom sertai kami di telegram Rumah Bibliotarian:
https://t.me/RumahBibliotarian
0 Comments