Header Ads Widget

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ulasan Buku #26 : Horrid Henry

 Image may contain: text

Nombor giliran buku : 026

Nama Judul Buku : Horrid Henry

Penulis: Francesca Simon

Terbitan tahun : 2009

Penerbitan : Sourcebooks

Cetakan ke : Pertama

Muka surat : 90

Harga : RM20.99

Nama Pengulas : Ana Reads

.

Ulasan:

.

Sesuai dibuat bacaan santai atau dibaca bersama anak-anak sebagai pengajaran. Bagi orang dewasa yang sedang stres sangat sesuai dibaca untuk menghiburkan hati.

.

Mengisahkan seorang budak lelaki bernama Henry atau lebih dikenali sebagai Horrid Henry. Mengapa Horrid (mengerikan)? Sebab banyak benda yang dilakukan agak nakal, licik, mengerikan dan adakalanya tidak terfikir dek akal bagi kanak-kanak seusianya.

.

Mempunyai seorang rakan baik perempuan merangkap jiran bernama Moody Margaret. Jika ada perkara yang tidak berkenan di hati, Margaret akan menjerit sekuat-kuat hati sehinggalah Henry mengalah. Namun Henry, sesuai dengan namanya, ada sahaja ulahnya untuk melarikan diri daripada masalah. Dan yang selalu menjadi mangsanya adalah adiknya, Perfect Peter.

.

Seronok membaca kisah Henry ni. Banyak siri boleh dipilih. Ini adalah salah satu daripadanya. Ada kisah Henry pergi berkhemah bersama ibubapa dan adiknya. Sangat mencuit hati. Tak tahulah macam mana ibubapanya boleh bersabar dengannya. Walaupun kisah fiksyen, adakalanya terfikir juga bahawa tak mustahil ada kanak-kanak begini di dalam hidup realiti. Mesti tabah dan penyabar betul ibubapa mereka, kan?

.

#ulasanbukuanareads


Cc: Zamri Shahri

Post a Comment

0 Comments