Header Ads Widget

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ulasan Buku #25 : Alusmitai

Image may contain: text that says 'GYKN Alusmitai Kerana cerita mereka semanis Earihah Iskandar'

Nombor giliran buku : 025

Nama Judul Buku : Alusmitai

Penulis: Farihah Iskandar

Terbitan tahun : 2020

Penerbitan : DY Kreatif Network

Cetakan ke : Pertama

Muka surat : 262

Harga : RM28

Nama Pengulas : Ana Reads

.

Ulasan:

.

Pernah baca novel ‘Hai Suria’? Novel Alusmitai adalah sekuelnya. Bagi peminat pasangan Suria & Khairi, novel ini wajib anda miliki untuk mengetahui kisah selanjutnya hubungan percintaan mereka selepas alam persekolahan. 

.

Selain kisah mereka, ada kisah Nurjihan dan Hazman. Pasangan ‘low profile’ dan tidak berapa diketahui rakan-rakan. Berlaku salah faham di antara mereka angkara fitnah menyebabkan hubungan putus di tengah jalan.

.

Paling menarik, Khairi, Hazman, Suria dan Jihan merupakan empat sahabat karib semenjak zaman persekolahan. Walaupun kedua-dua pasangan ini mengalami masalah di dalam hubungan percintaan mereka, Hazman tetap berkawan baik dengan Suria dan Khairi dengan Jihan. Tak ubah seperti hubungan seorang abang dengan adik.

.

Apa itu alusmitai? Seperti gambar yang tertera pada kulit buku, ia bermaksud gula kapas atau ‘cotton candy’. Makanya, jika anda mencari sebuah kisah cinta yang sangat manis, inilah novelnya.

.

Tiada kisah cinta tidak direstui, antara dua darjat atau cerita ibu mertuaku macam siri telenovela tu. Tetapi lebih kepada kematangan seorang individu baik lelaki mahupun perempuan menguruskan perasaan cinta kepada pasangannya, tanpa mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak. 

.

Penulis yang lebih dikenali sebagai Kak Yayah juga berjaya memotretkan watak Suria dan Khairi yang menggunakan konsep musyawarah (perbincangan) dan komunikasi dua hala untuk menyelesaikan masalah. Mereka sedar, dengan hanya mendiamkan diri, memendam rasa dan berburuk sangka hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

.

Hal ini tidak berlaku kepada pasangan Jihan dan Hazman yang mengakibatkan mereka berpisah hampir 8 tahun. Hazman seorang yang pendiam dan memendam rasa, manakala Jihan pula seorang yang cepat mengalah dan tidak berani mempertahankan haknya.

.

Bagi yang belum pernah membaca novel Hai Suria, jangan lupa untuk mendapatkannya, kemudian bacalah sekuelnya ini ya. Seronok dibuat bacaan santai.

.

#ulasanbukuanareads


Cc:Zamri Shahri

Post a Comment

0 Comments