Header Ads Widget

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ulasan Buku #24 : Bahaya Spirit Of The Coin

 

Nombor giliran buku : 024

Nama Judul Buku : Bahaya Spirit Of The Coin
Penulis: Azanil Fitri
Terbitan tahun : 2018
Penerbitan : BukuKaw
Cetakan ke : Pertama
Muka surat : 104
Harga : RM12
Nama Pengulas : Ana Reads
.
Ulasan:
.
Fuh, meremang bulu roma semasa dan selepas selesai pembacaan buku ini. Cara penulis bercerita terasa seakan-akan pembaca juga turut menyertai penceritaan beliau.
.
Ini buku kedua yang dibaca di dalam siri BAHAYA. Ada lima buah kesemuanya. Pernah dengar permainan Spirit Of The Coin, Jangan Pandang Belakang, Detik 12 Malam, Pintu Dua Dimensi dan Pooja? Buku ini ada menerangkan cara permainan tersebut dengan sangat terperinci.
.
Amaran utama bagi pembaca buku ini:
1. Jangan sekali-kali hendak mencuba permainan ini untuk hiburan mahupun untuk perkara yang serius dan mengikut nafsu. Kebiasaannya akan membawa padah.
2. Permainan menyeruh roh atau jin adalah syirik dan hukumnya berdosa besar. Jika pernah terlibat, hendaklah segera bertaubat.
.
Spirit Of The Coin
Permainan ritual memanggil roh dengan menggunakan kertas atau papan (papan ouija) yang ditulis abjad dan angka di atasnya. Kemudian, sekeping duit syiling akan digunakan sebagai alat perantaraan untuk berkomunikasi dengan roh yang datang.
.
Jangan Pandang Belakang
Syarat utama adalah mesti berada di dalam sebuah rumah yang gelap tanpa sebarang cahaya seorang diri. Pintu dan tingkap mestilah ditutup rapat. Setelah itu, sekeping kertas yang telah ditulis dengan ayat menyeru roh diletakkan di dalam setiap bilik di rumah tersebut. Kemudian, orang tersebut perlu memilih untuk duduk di dalam salah satu bilik. Mancis perlu dinyalakan dengan tiga kali percubaan. Jika gagal, perlu keluar dari rumah tersebut. Jika berjaya, itu tandanya roh telah datang dan perlu duduk di situ selama 5 minit. Jangan sesekali pandang belakang walau apa pun terjadi.
.
Jika anda rasa dua permainan ini sudah seram bunyinya, anda silap. 3 lagi permainan jauh lebih seram. Sampai aku terfikir, siapalah yang ‘kreatif’ sangat mencipta permainan sebegini. Apalah faedahnya.
.
Ingat, jangan sekali-kali ingin mencuba permainan ini walaupun untuk suka-suka. Buruk padahnya.
.
#ulasanbukuanareads

Post a Comment

0 Comments