😎KEINGINAN BELAJAR SEPANJANG HAYAT DAN MEMBETULKAN KEKURANGAN MERUPAKAN KAEDAH BERFIKIR GAYA CHAMPION😎
.
Nombor giliran buku : 033
Nama Judul Buku : Berfikir Gaya Champion
Penulis: Web Sutera
Terbitan tahun : 2013
Penerbitan : Galeri Ilmu
Cetakan : Pertama
Muka surat : 189
Harga : -
Nama Pengulas : khadijah othman
Rumah Bibliotarian
.
BERFIKIR GAYA CHAMPION berkisarkan tentang siapakah Champion sebenar? Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang Champion? Bagaimana kaedah dan sumber rujukan terbaik untuk menjadi Champion? Semuanya ada dikongsi penulis dalam buku wow ni!
.
Penulis bukan saja berkongsi pengalaman pahit manis beliau sehingga berjaya memiliki bisnes katering, tetapi pelbagai tokoh lain seperti Alexander dan banyak lagi kisah benar dari seseorang yang digelar Champion.
.
Membaca buku ini seperti membaca buku dalam buku kerana penulis juga berkongsi petikan-petikan dan judul-judul buku lain yang sangat menarik sebagai sumber inspirasi untuk menjadi seorang Champion. Maka bersedialah untuk menambah wishlist buku anda selepas selesai membaca buku ini😂 Sungguh saya sangat terinspirasi dengan semangat penulis yang berusaha mencari masa dicelahan kesibukan beliau untuk terus membaca buku! Dan tips yang dikongsi sangat berguna untuk saya. Terima kasih penulis👍
.
Seorang Champion menjaga hubungannya dengan semua! Hubungan baik dengan Allah, ibu bapa, keluarga, masyarakat dan juga dengan alam ciptaan Allah.
.
Tak perlu tergesa-gesa menghabiskan bacaan buku ini kerana ianya sangat sesuai dibaca satu bab demi satu bab setiap pagi untuk memulakan hari anda dengan penuh inspirasi.
.
TAHNIAH! Anda adalah CHAMPION kerana berjaya menghabiskan bacaan ulasan buku luar biasa ini👍
.
Dapat sesuatu?Silakan LIKE dan SHARE.
Jom TAG kawan2 champion anda.
Belum baca?READ and HEED.
Dah baca?KOMEN satu petikan menarik dari buku ini👇
0 Comments