🇲🇾SELAMAT HARI MALAYSIA🇲🇾
.
Nombor giliran buku : 053
Nama Judul Buku : Kunang Pesisir Morten
Penulis: Raiha Bahaudin
Terbitan tahun : 2015
Penerbitan : DuBook Press
Cetakan : Kedua
Muka surat : 233
Harga : -
Nama Pengulas : khadijah othman
Rumah Bibliotarian
.
KUNANG PESISIR MORTEN menceritakan kehidupan anak-anak kecil berjiwa besar yang menghuni di Kampung Morten. Dhiya, anak kecil berusia 9 tahun pemikir visual genius bersama sahabatnya Adi dan Lim penduduk Cina Hokkien seberang sungai.
.
Novel ini mengangkat tema perpaduan kaum, isu pencemaran air, kemiskinan dan keciciran pendidikan. Adat dan budaya masyarakat Melaka digarap dengan begitu terperinci dan menarik.
.
🌼"Kebaikan harus berlaku diatas kebaikan."
Hasil bantuan Dhiya menyelesaikan kes pembunuhan anak cina kampung seberang sungai, maka bermulalah episod penyatuan komuniti bangsa sesama mereka. Dan ia tidak terhenti disitu, paling terkesan apabila Dhiya sanggup menggunakan semua wang hasil titik peluhnya sendiri demi menyelamatkan nyawa bapa Lim kerana baginya kebaikan harus berlaku atas kebaikan dan janji harus dikotakan. Erti persahabatan lebih mahal dari "Rowney" idaman.
.
🌼"Berdosa bagi kami meratapi dan memikirkan kemiskinan lantas keluar dari kepompongnya adalah kebajikan". Tekad seorang anak kecil yang mahu mengubah nasib dirinya dan keluarga keluar dari kemiskinan benar-benar memberi inspirasi. Bermotivasikan rumah agam Villa Sentosa yang hari-hari dikunjungi Dhiya bertemankan Adi akhirnya berjaya mengubah hidupnya kearah yang lebih baik.
.
🌼Kemiskinan bukanlah penghalang menimba ilmu pengetahuan. Kagum dengan cara ibu Dhiya yang berusaha membeli buku-buku untuk Dhiya membaca dan memberi fokus kepada bidang yang digemari anaknya.
.
Terima kasih penulis kerana telah membawa saya mengembara ke bandaraya bersejarah Melaka bersama karya hebat ini sekaligus meraikan cuti hari Malaysia dengan penuh bermakna.😊
.
Dapat sesuatu?Silakan LIKE dan SHARE.
Belum baca?READ and HEED.
Dah baca?KOMEN bab mana yang paling terkesan dalam diri anda👇
0 Comments