Nombor Giliran Buku: 048
Nama Judul Buku : Siri Juvana: Basikal Lajak
Penulis: Shasya Ali & Aman Wan
Terbitan tahun : 2020
Penerbitan : Blank Book
Cetakan ke : Ketiga
Muka surat : 110
Harga : RM12
Nama Pengulas: Ana Reads
Rumah Bibliotarian
.
Ulasan:
.
Siri Juvana kali ini membawakan sebuah kisah berdasarkan kisah benar mengenai seorang pelumba haram berumur 15 tahun iaitu Alan. Alan sangat terkenal dengan sikapnya yang nakal dan liar.
.
Alan beserta 3 orang rakannya yang lain; Soleh, Bazli dan Fendi, memang terkenal di kalangan warga sekolah sebagai pelajar bermasalah yang malas belajar, tidak membuat kerja rumah, biadab dan sering ponteng sekolah. Mereka juga terjebak dengan aktiviti bermain basikal lajak.
.
Basikal lajak pernah menjadi satu fenomena di kalangan anak muda generasi kini. Ia hadir dengan pelbagai jenis aksesori warna-warni, mudah diubah suai, gaya menunggangnya yang pelbagai ragam, sangat menarik perhatian muda-mudi. Apa yang membahayakan adalah sistem brek dibuang bagi membolehkan kayuhan lebih laju umpama kereta lumba F1!
.
Alan dan rakan-rakannya tidak terkecuali. Beratus ringgit dihabiskan demi memiliki basikal lajak yang diidamkan. Malangnya, mereka menjadikan basikal lajak mereka sebagai bahan pertaruhan di dalam lumba haram. Akibat daripada lumba haram tersebut, satu tragedi berlaku yang menyebabkan Alan menyesal seumur hidup.
.
Buku ini sangat sesuai buat remaja. Penuh pengajaran dan nasihat yang berguna. Menggunakan Bahasa Melayu standard dan ayatnya mudah difahami. Moga-moga ramai yang memperoleh manfaat daripadanya.
.
#ulasanbukuanareads
.
Page FB Rumah Bibliotarian:
https://www.facebook.com/komunitipencintabuku/
.
Jom sertai kami di telegram Rumah Bibliotarian:
https://t.me/RumahBibliotarian
0 Comments