Header Ads Widget

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ulasan Buku #38 : Closure: DY Series Finale



Nombor Giliran Buku: 038

Nama Judul Buku : Closure: DY Series Finale
Penulis: Farihah Iskandar
Terbitan tahun : 2020
Penerbitan : DY Kreatif Network
Cetakan ke : Kedua
Muka surat : 339
Harga : RM25
Nama Pengulas: Ana Reads
.
Ulasan:
.
Ini adalah buku penutup bagi Siri Dear Yayah. Bagi yang sudah membaca novel Alusmitai, wajib baca pula novel ini. Ianya seolah-olah pelengkap bagi novel tersebut.
.
Jika Alusmitai diceritakan daripada sudut pandangan Suria, Closure pula daripada sudut pandangan Jihan. Untuk lebih memahami novel ini, haruslah mendapatkan siri Dear Yayah terlebih dahulu.
.
Setelah Jihan membuat keputusan mengundurkan diri daripada hubungan di antara dia dan Hazman, akibat sekeping surat layang yang diterimanya, Jihan telah memutuskan hubungan daripada semua orang kecuali Khairi. Hatta rakan karibnya Suria pun diputuskan hubungan. Perkara ini berlaku semasa tahun pertama mereka di universiti.
.
Kini, setelah lapan tahun berlalu, masing-masing sudah bekerjaya dan semakin matang. Takdir telah menentukan Hazman bertemu Dini, rakan sekolej dan Jihan bertemu Izham, rakan sekerja di Sydney.
.
Dini dan Izham masing-masing menaruh perasaan kepada Hazman dan Jihan, namun apakah perasaan mereka itu berbalas? Apakah kesudahan kisah Jihan dan Hazman? Bisakah mereka bertemu semula selepas sekian lama terpisah?
.
“Walau apapun, aku percaya Allah is the best planner. Apa saja ketentuan-Nya aku akan terima dengan hati yang terbuka.”- Jihan
.
Ya, ini novel cinta. Tapi ada beberapa perkara boleh dijadikan tauladan:
-jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru tanpa usul periksa, terutamanya perkara yang melibatkan hati dan perasaan orang lain.
-jangan mudah mengalah tanpa mempertahankan hak diri sendiri
-usah masuk campur urusan peribadi orang lain
-yakin dengan janji dan takdir Allah. Jika benar milik kita, tak akan ke mana.
.
Novel ini ditulis berselang-seli dengan bahasa Inggeris. Namun, aku suka kerana tiada masalah tatabahasa dan lancar sahaja pembacaan dari awal hingga akhir novel. Ia juga sesuai untuk dibaca para remaja kerana banyak mengajar cara menguruskan emosi dan bertindak matang apabila berhadapan dengan masalah cinta. Yang penting, tidak sekali-kali membelakangkan keluarga.
.
.
Page FB Rumah Bibliotarian:
.
Jom sertai kami di telegram Rumah Bibliotarian:

Post a Comment

0 Comments