Header Ads Widget

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ulasan Buku #37 Falsafah Syaitan, Hamka

 


Nombor giliran buku : 037
Judul Buku : Falsafah Syaitan, Hamka
Tahun Terbit : 2020
Muka surat : 92
Harga : RM25
Nama pengulas : Izzah Hanim
Penegasan berulang kali dalam Al-Quran mengenai pengisytiharan permusuhan terhadap syaitan membawa makna besar dan penting untuk ditekuni. Syaitan adalah musuh yang wajib diperangi. Enggan memusuhinya bakal mengundang dosa kerana ia tindakan melanggar arahan Tuhan.
Falsafah Syaitan bercerita tentang tipu daya syaitan kepada manusia dan mengingatkan kita tentang pentingnya Tazkiyatun Nafs atau aspek penyucian jiwa.
Setelah membaca karya ringkas ini, sebenarnya Buya Hamka lebih berbicara tentang aspek penyucian jiwa. 9 tajuk dengan cerita yang berbeza yang sangat menarik antaranya Falsafah Syaitan,Memburu Harta,Bakhil,Jatuh Muflis,Dia Lupa,Syurga dan Neraka,Tawakal,Perjuangan buat semua dan Korban Keyakinan.
Falsafah Syaitan menceritakan tentang bagaimana usaha syaitan sehabis daya dan upaya untuk menarik manusia ke Neraka bersamanya.
Manakala kisah tragis Si Koohin yang terlalu gilakan tanah padahal akhir usianya ukuran tanah yang dimilikinya sangat kecil hanya untuk menanam tubuhnya manakala tanah yang dikumpul-kumpulkannya selama ini tidak berguna sedikitpun, ditinggalkannya begitu sahaja,kalau dia nafkahkan untuk pembinaan masjid ataupun madrasah tentulah perkara itu akan menyinari kuburnya tetapi sayang sekali hanya disimpan dan dikumpul untuk dirinya sendiri. Kita sangat sibuk mengumpulkan hartanya sedangkan harta benda sebenarnya yang kita punya adalah yang kita belanjakan,bukan yang kita kumpulkan. Bagaimana kejam sekali harta yang memperdayakan manusia padahal hanya 2 meter tanah dan 3 lapis kafan akhirnya.
Kisah dongeng Amir Chanian yang direbut hartanya sehingga banyaknya orang yang berani menggelapkan keterangan yang nyata,menipu bahkan berani bersumpah supaya harta itu jatuh ke tangannya. Buya Hamka juga menulis tentang Muflis akhirat yang jauh lebih berat berbanding muflis dunia kerana Muflis di dunia masih boleh diubat dengan syarat tidak putus pengharapan sedangkan muflis akhirat hanyalah penyesalan yang diperolehinya. Mana mungkin kita dapat kembali semula ke dunia setelah mati!
Definisi Tawakal yang sebenarnya juga ditulis oleh Buya Hamka dalam karya ini iaitu berikhtiar sehabis daya dan tenaga kemudian harus percaya dan harus yakin bahawa ia akan berhasil baik sebagaimana Tawakal burung-burung yang keluar dari sarangnya di waktu Subuh dan kembali di waktu petang dengan perut yang kekeyangan. Tidak dinamakan Tawakal sekiranya ia hanya bersembunyi dalam sarangnya,menyerah tanpa berikhtiar kerana yang demikian bukan bernama Tawakal tetapi pemalas.
Banyak sekali pengajaran daripada naskah yang hanya setebal 92 muka surat ini. Tidak mampu dihuraikan satu persatu,membacanya sendiri sangat membuka mata dan jiwa tentang bahayanya tipu daya syaitan kepada manusia dan betapa pentingnya hati dan jantung manusia sentiasa perlu sihat dan bersih.

Post a Comment

0 Comments