Header Ads Widget

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ulasan Buku #34 : Siri Juvana: Aku Berdosa

Image may contain: one or more people and text

Nombor Giliran Buku: 034

Nama Judul Buku : Siri Juvana: Aku Berdosa

Penulis: Shasya Ali & Rashiela Nurain

Terbitan tahun : 2017

Penerbitan : Blank Book

Cetakan ke : Pertama

Muka surat : 116

Harga : RM12

Nama Pengulas: Ana Reads

.

Ulasan:

.

Novel ini sarat dengan pengajaran terutama buat anak muda kita yang sedang menginjak usia remaja. Sekiranya tersilap langkah, masa depan yang cerah boleh bertukar menjadi gelap-gelita di dalam sekelip mata.

.

Mengisahkan Qodri yang berumur 12 tahun dan tinggal bersama neneknya, Nek Mak. Entah di mana silapnya, Qodri dibenci oleh ibu dan bapanya.

Sehinggalah suatu hari, salah faham di antara Qodri dan Nek Mak telah menyebabkannya nekad untuk melarikan diri dari rumah.

.

Qodri berkenalan dengan Daneal yang merupakan seorang penagih dadah dan mempunyai teman wanita bernama Sofia. Pada suatu hari, tanpa disedari Qodri, dia telah terlibat dengan pembunuhan Sofia tanpa sengaja.

.

Qodri dan Daneal ditangkap. Memandangkan Daneal berumur 20 tahun, dia diberi hukuman gantung mandatori. Qodri pula dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney.

.

Penulis turut menceritakan keadaan di dalam sekolah tersebut secara terperinci. Sangat menginsafkan. Apakah masih ada sinar buat hidup Qodri selepas dibebaskan? Makin bencikah ibubapa Qodri kepadanya?

.

Pengajaran:

-jangan sekali-kali melawan kata orang yang lebih tua, terutamanya jika mereka bertujuan untuk menasihati.

-berhati-hati memilih kawan. Tersilap langkah, buruk padahnya.

-setiap manusia mempunyai peluang untuk berubah. Usahlah berburuk sangka.

.

#ulasanbukuanareads

.

Page FB Rumah Bibliotarian:

https://www.facebook.com/komunitipencintabuku/

.

Jom sertai kami di telegram Rumah Bibliotarian:

https://t.me/RumahBibliotarian

Post a Comment

0 Comments